Cuti di Malaysia sudah hampir tamat tetapi aku masih tidak membeli apa-apa barang untuk dibawa pulang ke republik sana. Bekalan kewangan yang dibawa pulang tempoh hari kebanyakannya dikikis oleh stesen-stesen minyak yang tidak berhati perut (in fact, stesen minyak memang tak berhati perut, tetapi pekerja-pekerja mereka semua ada hati dan perut lah), dan juga dihabiskan dengan menonton skrin terlajak besar bersama sejumlah manusia yang tidak dikenali di dalam sebuah bilik gelap yang juga terlajak besar (tempat itu dinamakan GSC, oh, di TGV adalah juga sekali rasanya).
Semalam aku keluar bersama Sarah. Kawan lama dari kanakhud (childhood). Aktiviti kami mudah. Sebaik berjumpa saja kami terus masuk wayang (wayang 3:30 ptg, aku dapat parking kereta 3:27 ptg), keluar wayang, gosip di mahkamah makanan (food court), pulang.
Oke. Cerita biasa saja. Cuma sengaja aku ceritakan kerana aku mahu link kan ke blog beliau. Lagipun semalam dia ada bertanya,
"Siapa yang datang blog aku dari blog kau eh? Dari Korea."
Maka aku mahu ajukan soalan itu kepada pengunjung blog ini: Ada tak rakan-rakan pembaca dari Korea mahu mengaku selalu melawat ke sana? (Mungkinkah saudara Nazuwan?) Hehe. Apa-apa pun sebarang pengakuan boleh ditinggalkan di shoutbox sebelah kanan sana ---->
@Sarah: Nanti kalau ada orang mengaku aku beritahu kau.
Petang ini perlu keluar lagi ke Midvalley (buat kesekian kalinya) untuk menonton filem X-Files malam ini bersama Izyan. Ada sesiapa mahu turut serta? :D
Sekarang jam tepat 12 tengah hari. Mungkinkah aku patut tidur sebentar?
Yah, percutian di Malaysia sudah hampir tamat. Perlu pulang ke Republik Korea dan menyambung baki percutian selama sebulan lagi. Aku sendiri tidak mengerti mengapa aku memilih untuk pulang sebulan sahaja berbanding dengan cuti-cuti sebelum ini yang semuanya aku pulang selama 2 bulan. Memang aku ingin mengelak pemotongan elaun agar aku tidak kerugian. Nanti macam mana nak bayar bil-bil yang aku tinggalkan selama sebulan, bukan?
Oke. Esok hari Selasa. Lusa hari Rabu. Esok lusa hari Khamis. Kemudian Jumaat.
Aku sudah ada janji temu untuk setiap hari-hari tersebut. Sibuknya kehidupan ini! :D
Satu persoalan kepada sesiapa yang masih belum menonton The Dark Knight,
Why are you still procrastinating???
Pergilah tonton!
Ha ha ha ah-h-aha -ha -hah huauha haha hi hu ha!
Oke, konon-konon tu gelak macam Joker.
Sekarang aku dalam dilema; sama ada teringin nak jadi hero macam Batman atau villain macam Joker... hmm?
p/s: Izyan, I nak tengok movie dengan you lagi! haha
Oke seriusli (seriously) sangat tak sabar mahu menonton The Dark Knight. Auhuahua Batman ialah hero kegemaran sejak kecil.
Why so serious??? Ngahaha
Minta maaf kepada frequent readers (berapa kerat lah sangat, kan?) yang datang ke blog ini dan tidak mendapati apa-apa update terkini.
Internet di rumah Malaysia ini sangat bodoh, lebih-lebih lagi pada hari teringin hendak menulis tiba-tiba laman vox tidak dapat dibuka. Laman lain boleh buka pulak. Argh!
Kemudian masa-masa lapang yang lain diisi dengan keluar bersama rakan-rakan (yang indah), menonton wayang, bergambar, ataupun dihabiskan dengan berjalan-jalan di Dunia Krafperang (World of Warcraft).
Nothing beats being alive in my own homeland.
Maka, cheers buat para pembaca yang mencari bahan penulisan aku (yang tak seberapa). Kamu tandabuku lah blog ini dengan suapan RSS, oke? Mana tahu akan ada update dalam masa terdekat. Tinggalkan juga jeritan di shoutbox di sebelah kanan sana ----> (sila turun ke bawah sedikit jika tidak kelihatan).
Sehingga kemudian!
p/s: Aku mahu teman Jepp ke Ampang pagi hari ini.
Tempoh hari (merujuk kepada entri lalu), aku mengalami sakit pinggang, bukan?
Sebenarnya ada banyak lagi yang sakit.
Minggu lalu gigi wisdom (gigi kebijaksanaan?) aku di sebelah kiri sakit. Lalu aku mengambil ikhtiar untuk mengunyah makanan di sebelah kanan. Kemudian tak semena-mena ketika sedang makan, aku tercekik tulang ikan di tekak sebelah kanan. Aku cuba menelan sebanyak makanan yang boleh untuk menolak tulang itu jatuh.
Tetapi nampaknya usaha aku seperti gagal kerana aku kesakitan tekak selama seminggu. Hampir ketiadaan selera makan kerana susah mahu menelan makanan. Oh tapi ada eksepsi (exception); kalau makanan sedap confirm habis.
Mungkin sakit tekak itu juga punca mengapa aku hampir jatuh demam tempoh hari. Mujurlah hari ini tekak aku sudah kurang sakitnya. Mungkin tulang itu sudah berlalu pergi agaknya. Tetapi masih agak sukar untuk menelan makanan dengan lancar.
...
Pagi semalam, lebih kurang jam 11 pagi, sedang aku masih malas-malas hendak keluar dari bungkusan selimut, tiba-tiba telefon di ruang tamu berdering. Tiada sesiapa di rumah. Sayup aku mendengar deringan itu. Tapi tension jugak lah kan tengah baring-baring ada panggilan telefon.
Lalu aku angkat.
Rupanya di hujung talian sana ialah Hilmi atau lebih dikenali dengan gelaran Kucing. Antara orang yang paling lawak pernah aku kenali, dan juga bekas senior aku di Korea. Oleh kerana dia memonteng kerja semalam (selepas demam seminggu, tak pergi kerja juga), maka dia mahu ajak aku berfoya-foya.
Oleh itu petang semalam kami menonton filem Hancock di Midvalley, berdua. Selesai menonton, Kucing menelefon rakan-rakan lain untuk diajak lepak. Tetapi yang dapat bertemu malam semalam cuma Padil, Ayut, dan Aida disertai dengan awek Padil dan adik Ayut. Itupun lepak makan malam di Uptown (lama) selepas menunggu Aida, Ayut, dan adiknya tamat menonton Hancock di OU.
Kalau tahu awal-awal mereka nak menonton Hancock lagi baik aku dengan Kucing join sekali. Lagi best dari tengok berdua, ya tak?
Dah. Aku berhenti menulis sekarang. Aku nak fikir apa aktiviti aku hari ini.
Aku bangun awal pagi semalam (Sabtu, 5 Julai) untuk menunaikan kewajipan aku sebagai rakyat Malaysia dengan mendapatkan roti canai di restoran berdekatan sebagai sumber sarapan. Nikmat sungguh perasaan memakan roti canai di waktu pagi.
Lepas ni nak makan nasi lemak pulak.
Pulang ke rumah dari bersarapan, aku terasa sedikit pening. Dahi juga terasa panas, bagai mahu demam. Tidak berapa lama kemudian, sendi-sendi mula terasa sakit. Lalu aku terdampar kembali ke katil. Aku perlukan sedikit lagi tidur untuk kurangkan rasa pening.
Lalu aku tidur.
Dan terjaga tepat pada jam 12 tengah hari.
Kemudian aku bergegas mandi. Aku perlu bersiap-siap untuk bertemu Izyan. Kami telah bertemu janji untuk menonton filem Sepi di Midvalley. Walaupun sendi-sendi aku kesakitan, aku gagahkan juga untuk bergerak keluar. Oleh kerana aku keluar ketika waktu sudah pun melepasi tengah hari, dan hari itu hari Sabtu, maka aku hilangkan niat untuk memandu ke sana.
Akibatnya aku sakit pinggang kerana terpaksa berdiri lebih dari 40 minit dalam komuter yang bergerak pada kelajuan siput sedut. Ditambah dengan sakit sendi. Aduhai...
Dan sakit itu berterusan hingga ke malam.
Mujurlah filem Sepi sangat cemerlang. Sinematografi yang menjilat jari, bunyi runut (soundtrack) yang menghentak kaki, dan pelbagai lagi lah. Mujur juga Izyan menonton buat kali kedua, kalau tak mesti dia akan menangis (kan? kan?).
Perancangan asal kami selepas tamat menonton filem ialah ingin melihat gig KL Indie Fest yang memaparkan kugiran-kugiran yang agak menarik seperti Meet Uncle Hussein, tetapi akhirnya kami membatalkan niat itu dan melencong ke Kinokuniya KLCC. Aku hampir diracuni oleh Izyan untuk membeli buku-buku fotografi yang sangat menarik (dan harga yang super).
Tapi tunggulah. Aku mahu ganti lensa 50mm yang kehilangan itu dahulu. Kemudian baru fikir mahu membazir wang (boleh juga anggap sebagai investment) dengan membeli benda-benda selain aksesori kamera.
Apapun, yang penting, hari ini sakit pinggang dah kurang! Yeah!
Pagi td sy g teman Encik Park Jin-Yeong dr 법무팀(tatau nk translate cane dlm English) bekfast di luar... Beliau ialah budak Law yg baru grad dr Hanyang University bln 2 aritu, so kami adelah agak close dan bangge dgn ke'Hanyang'an kami hehe:P
[2008-07-03 오전 10:02:56] 박진영님의 말:
다음엔 더 맛있는거 좋은거 사드릴게요~ 고마웟어요^^ (Lenkali sy akan belanje mkn yg lebih bes dan bagus lg. Tq)
[2008-07-03 오전 10:03:42] 샤리나님의 말:
에이~별말씀을요^^ (Eh...xde ape pn)
[2008-07-03 오전 10:04:17] 박진영님의 말:
나중에 서울이나 한국에서 꼭 가보고 싶은데 있으면 말하세요~ 제가 샤리나하고 친구들 데리고 갈게요~ (Psni kl ade tmpt nk g, ckp la. Sy leh bwk Sharina ngn kwn2)
[2008-07-03 오전 10:04:40] 박진영님의 말:
차도 있으니깐 편하게~ 언제나 말씀하세요~~!! 동문이잖아요 ㅋㅋ (Sy ade kete so sng la. Ckp je bebile. Kite kan satu skolah)
[2008-07-03 오전 10:04:49] 샤리나님의 말:
우와우와~~~~ (Uwaaa...uwaaa)
[2008-07-03 오전 10:04:52] 샤리나님의 말:
정말요?? (Bia betik?)
[2008-07-03 오전 10:04:56] 샤리나님의 말:
좋아요~~~ㅋㅋㅋㅋ (Sy suke)
[2008-07-03 오전 10:05:06] 박진영님의 말:
ㅋㅋ 네 (Iyer)
[2008-07-03 오전 10:05:24] 샤리나님의 말:
그래요~그럼 담에 구경 꼭 시켜주세요^^ (Kl cenggitu, nnt msti bwk sy jenjalan tau)
[2008-07-03 오전 10:05:27] 샤리나님의 말:
차타고ㅋㅋㅋ (Naek kete)
[2008-07-03 오전 10:05:30] 샤리나님의 말:
좋아ㅋ (Bagus)
[2008-07-03 오전 10:05:32] 박진영님의 말:
넵~~^^ (Iyer)
Kaler ijau: Sharina Kaler biru: Encik Park Jin-Yeong
Erm....mane mau pigi yer??kene pk dr skarang ni wahaha=P Kwn2~ any idea?wahaha~~~
P/S: video atau lagu di atas xde kene mengene dgn perbualan kami di bwh ini. Layan2 naver skali terjumpe video itu maka sy trus tepek kt blog ni haa hehe..
Sy ade konflik dalaman yg dasyat arini huhu. 그것보다...
NAPE TETIBE ENSET SY XLE ON NI??????????HUWAAAAAA~~~~~~~~~~
Die majuk ke sy ckp nk tuka yg baru huhu...
Kene tuka cpt2 tp bile? Cane sy nk idup ni??no fon org..sume kt dlm tu...alarm pn bergantung pade enset tu huhu
sy xle tggu lg...tp sy da jnji ngn kwn korea nkg bli sabtu ni. sbtu ni je die free huhu.
caneeeeeee...x sangggup nk tggu smp sbtu...xle idup sy cani huhu...
tulun2 help2...
p/s: kl kol enset sy xdpt, sile kol no opis sy 02-2122-0636 (during opis hour saje). tq.
